Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ekopelancongan kelebihan Perlis – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ekopelancongan kelebihan Perlis – Raja Muda Perlis

Ekopelancongan kelebihan Perlis – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 15 Disember 2021 10:40

KANGAR : Perlis mempunyai kelebihan sebagai antara lokasi ekopelancongan yang menjadi antara tarikan utama pelancong ke negeri ini. 

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara kelebihan lain, kawasan ekopelancongan tersebut juga memberi perlindungan habitat semula jadi dan taman lestari.

“Selain itu, ia juga menggalakkan negeri dan masyarakat membina ekonomi tanpa memusnahkan alam sekitar selain memastikan biodiversiti tempatan boleh berkembang maju serta pengunjung dapat menikmati kawasan yang dilindungi itu.

“Pada masa sama, peluang pekerjaan termasuklah dalam jurusan pengurusan acara dapat diwujudkan dan mengurangkan pengangguran serta meningkatkan nilai ekonomi negeri ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 30 asnaf dalam kalangan anak kariah Masjid As Syakirin, Oran di sini hari ini.

Mengiringi baginda, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Siti Berenee Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Para asnaf terbabit masing-masing menerima RM700 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM21,000 yang diagihkan oleh amilnya, Norshahidi Ismail.

Program MAIPs bersama Yayasan Tuanku Syed Putra dan Yayasan Tuanku Fauziah itu disekalikan dengan peringatan ‘International Mountain Day’ yang disambut pada 11 Disember setiap tahun bagi mewujudkan kesedaran tentang kepentingan gunung kepada kehidupan.

Selain itu, ia juga menyerlahkan peluang dan kekangan dalam pembangunan gunung di samping untuk membina pakatan yang akan membawa perubahan positif kepada penduduk gunung dan persekitaran di seluruh dunia.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE