Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - FGV Holdings serah RM221,628 zakat perniagaan kepada MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
FGV Holdings serah RM221,628 zakat perniagaan kepada MAIPs

FGV Holdings serah RM221,628 zakat perniagaan kepada MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 16 Disember 2021 21:23

ARAU : FGV Holdings Bhd. memperuntukkan zakat perniagaan bagi tahun 2020 sebanyak RM221,628 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pengerusi kumpulan FGV Holdings Berhad, Datuk Dzulkifli Abd Wahab mempersembahkan sumbangan tersebut kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs dalam satu majlis di Masjid Al Hidayah, Titi Beratap, Simpang Empat di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan FGV, Mohd Nazrul Izam Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Peruntukkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 itu adalah selepas memuktamadkan pengiraan taksiran mengikut kadar keuntungan setiap anak syarikatnya.

Pihak FGV Holdings Berhad turut menyerahkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada masjid tersebut untuk tujuan kegunaan aktiviti serta pengurusan dan RM15,000 lagi beserta beberapa produk barang keluaran FGV kepada seramai 30 orang asnaf terpilih.

Pada majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih yang masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan. 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE