Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs kekalkan prestasi sijil audit tanpa teguran sembilan tahun berturut-turut n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs kekalkan prestasi sijil audit tanpa teguran sembilan tahun berturut-turut

MAIPs kekalkan prestasi sijil audit tanpa teguran sembilan tahun berturut-turut

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 16 Disember 2021 21:27

KANGAR : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap Pengarah Jabatan Audit Negara negeri, Abd Aziz Che Daud yang mempersembahkan Sijil Ketua Audit Negara terhadap pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi tahun 2020 di pejabat baginda di sini, semalam.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Penyata kewangan MAIPs bagi tahun 2020 diperakukan benar dan saksama oleh Ketua Audit Negara.

Jabatan Audit Negara juga telah mengeluarkan Sijil Audit Ketua Audit Negara tanpa teguran terhadap penyata kewangan MAIPs itu.

Sementara itu, Abd. Aziz merakamkan penghargaan kepada Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor yang telah menerajui majlis berkenaan serta mengekalkan status sijil audit tanpa teguran bagi tahun kesembilan berturut-turut.

Pengauditan penyata kewangan MAIPs 2020 meliputi pengesahan terhadap item dan angka-angka yang diperakaunkan menepati serta mematuhi standard perakaunan yang diterima pakai. 

Jabatan Audit Negara juga membuat penilaian terhadap prestasi agihan zakat tahun semasa bagi memastikan agihan dibuat secara telus, mencapai maksud dan sampai kepada golongan sasar. 

Walaupun menghadapi tempoh pandemik Covid-19, MAIPs telah berjaya mengagihkan zakat melibatkan pelbagai inisiatif agihan zakat melibatkan lapan golongan asnaf.

Dalam pada itu, Mohd. Nazim menzahirkan rasa syukur atas kejayaan memperolehi sijil tanpa teguran berkenaan dan berharap masyarakat sentiasa memberikan kepercayaan kepada pengurusan MAIPs yang sentiasa mengutamakan elemen amanah dan integriti.

Sumber: UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE