Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Bantu Ringankan Beban Rakyat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Bantu Ringankan Beban Rakyat

MAIPs Bantu Ringankan Beban Rakyat

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 16 Disember 2021 21:29

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan tambahan berupa bekas ais (ice box) kepada Zulkifli Jusoh, 60 tahun yang merupakan penerima sumbangan modal “Projek Peningkatan Sosioekonomi Asnaf MAIPs” di rumahnya di Kampung Alor Ara dekat Arau, semalam. Zulkifli sebelum itu menerima sumbangan modal bernilai RM2510 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi membeli sebuah mesin minuman tebu melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM).

"Beliau yang tinggal bersama-sama anaknya sekeluarga seramai enam orang itu berharap agar sumbangan yang diterima dapat menampung kehidupan seharian, serta dapat menggandakan hasil pendapatannya demi memberikan pendidikan sempurna kepada cucu-cucunya hingga ke menara gading suatu hari nanti."

Raja Muda Perlis menyampaikan sumbangan tersebut sempena program ‘MAIPs Peduli Khas COVID-19 Bilangan ke-55 bagi tahun 2021. Terdahulu, baginda yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor singgah menyantuni tiga buah rumah asnaf terpilih, iaitu Azmi Talib, Muhamad Azuan Azuzin dan Pah Rejab bagi menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs. Masing-masing menerima wang berjumlah RM700, sekotak “Kit MAIPs Peduli” dan beras fidyah, di samping beberapa kotak pelitup separuh muka daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Menurut Tuanku Raja Muda, wabak yang melanda dunia ini secara umumnya telah memberikan kesan besar terhadap ekonomi, kesihatan, mental dan kebajikan rakyat khususnya kepada golongan asnaf. Oleh itu, MAIPs akan terus berusaha memberikan perhatian serius melalui pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan bagi meringankan beban hidup mereka.

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE