Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - “Persiapakan Diri Hadapi Bahaya Virus Omicron” – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
“Persiapakan Diri Hadapi Bahaya Virus Omicron” – Raja Muda Perlis

“Persiapakan Diri Hadapi Bahaya Virus Omicron” – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Disember 2021 10:11

Simpang Empat – Lonjakan kes jangkitan varian Omicron yang semakin mengganas di beberapa buah negara pada ketika ini amat membimbangkan, dan perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Perkembangannya dalam tempoh beberapa minggu dan bulan yang mendatang ini hendaklah dipantau dengan sebaik-baiknya.

Oleh hal yang demikian, bagi mempersiapkan diri menghadapinya buat masa ini, khususnya dalam tempoh cuti panjang pada penghujung tahun ini, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan para pemilik premis tempat tarikan pelancong sama ada yang dikendalikan oleh agensi kerajaan, swasta ataupun individu hendaklah sentiasa memastikan bilangan pengunjung dihadkan pada satu-satu masa bagi mengelakkan kesesakan. Para pengunjung yang hadir juga mestilah sentiasa diingatkan supaya mematuhi SOP sedia ada dan pastikan sanitasi dijalankan secara berkala.

"Patuhilah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan walaupun hanya bersama-sama keluarga atau rakan taulan ketika menikmati juadah di premis atau kedai makan dengan memendekkan masa makan di kedai dan hanya menanggalkan pelitup separuh muka semasa hendak makan atau minum.''

rmp2 1

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam program MAIPs Peduli Khas Bilangan ke-56 bagi tahun 2021 yang turut mendapat kerjasama daripada FGV Holdings Berhad.

Tiga buah keluarga asnaf terpilih menerima sumbangan tersebut, masing-masing menerima RM700 tunai, beras dan bekalan makanan mentah lain daripada MAIPs. Selain itu, mereka turut menerima sumbangan tambahan berupa RM500 tunai, satu kotak bahan makanan mentah dan hasil produk keluaran FGV daripada syarikat berkenaan, beberapa kotak pelitup separuh muka daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, dan produk L’Oreal daripada Puan Eena Khalil.

Turut mengiringi Tuanku Raja Muda ialah Pengerusi Kumpulan FGV Holdings Berhad, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Mohd Nazrul Izam Mansor; dan Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Sirajuddin Hashim menerangkan bahawa setakat ini didapati bahawa varian Omicron ini lebih mudah berjangkit berbanding dengan varian Delta dan menyebabkan peningkatan bilangan kemasukan kes ke hospital. Sehubungan dengan itu, pengambilan vaksin yang lengkap dan dos penggalak bagi mereka yang telah dikenal pasti terutamanya golongan berisiko tinggi seperti warga emas amatlah penting bagi mengurangkan keterukan dan kematian akibat jangkitan COVID-19.

 

Sumber daripada Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE