Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Lembaga Jurukur Tanah Malaysia Sumbang RM1 Juta Pada MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Lembaga Jurukur Tanah Malaysia Sumbang RM1 Juta Pada MAIPs

Lembaga Jurukur Tanah Malaysia Sumbang RM1 Juta Pada MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Disember 2021 11:20

ARAU: Lembaga Jurukur Tanah Malaysia menyumbangkan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu majlis di Masjid Ibnu Tamiyah, Tambun Tulang di sini, semalam.

Penyerahan tersebut dipersembahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1, Sohaime Rasidi kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri, Muhammad Husaini Ya’acob.

Sementara itu, lembaga tersebut turut menyerahkan sumbangan wang tunai kepada lima buah keluarga asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid tersebut yang masing-masing menerima RM500 serta hamper berisi makanan mentah bernilai RM150.

Pada majlis sama, Sohaime memaklumkan mengenai penerbitan Atlas Kebangsaan Malaysia yang merupakan suatu kompilasi peta yang menunjukkan data spatial sesebuah negara yang komprehensif dan sesuai untuk menjadi rujukan dalam bidang pendidikan, perancangan, kajian saintifik dan pelancongan.

Sementara itu, Mohd Nazim menzahirkan penghargaan kepada pihak Lembaga Jurukur Tanah Malaysia atas sumbangan zakat yang telah disalurkan itu.

“Saya menyeru semua pihak sama ada korporat atau individu dapat menggunakan kesempatan di penghujung tahun ini bagi menunaikan kewajipan zakat masing-masing,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE