Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jaga Kebersihan Dan Hargai Keindahan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jaga Kebersihan Dan Hargai Keindahan

Jaga Kebersihan Dan Hargai Keindahan

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Disember 2021 16:23

Arau – Islam menuntut umatnya untuk mengamalkan kebersihan baik kebersihan fizikal atau kebersihan rohani. Hal ini demikian kerana kebersihan mencerminkan keperibadiaan seseorang dan kehidupan sesebuah masyarakat. Kebersihan juga akan mengelakkan persekitaran daripada wabak penyakit yang boleh memudaratkan diri.

Melihat peri pentingnya amalan kebersihan dalam kehidupan masyarakat, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar komuniti setempat menanamkan rasa cinta akan keindahan.

‘’Apabila rasa cinta dan menghargai keindahan kukuh bertapak dan menjadi budaya, secara tidak langsung ahli-ahli komuniti itu suka akan persekitaran yang bersih dan alam sekitar akan turut sama dihargai dan dijaga.”

Menurut Raja Muda Perlis, atas rasa kecintaan dan menghargai keindahan, Perlis melaksanakan Projek DiRaja Transformasi Kampung Berwarna-warni di Seberang Ramai Kuala Perlis.

“Projek DiRaja Transformasi Kampung Berwarna-warni di Seberang Ramai Kuala Perlis, di mana suatu ketika dulu ia merupakan sebuah kawasan penempatan yang ‘kusam’ tanpa warna dan tanpa jiwa, namun hari ini, alhamdulillah ia semakin menjadi sebuah penempatan yang semakin indah, kaya dengan kreativiti penghuninya, penuh warna dan tanpa kita sedar ia telah menggerakkan sikap penghuninya untuk turut berubah dan menjadi penghuni yang sangat peduli tentang aspek kebersihan dan keindahan persekitaran.”

Titah sedemikian dizahirkan oleh baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Projek Peningkatan Sosioekonomi Asnaf MAIPs berupa bengkel bahulu yang diusahakan oleh Hasama Yahaya, 67 tahun di hadapan Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang, Arau bersempena dengan Program Kayuhan MAIPs Peduli Khas COVID Bilangan ke-57 bagi tahun 2021. Menerusi program tersebut, MAIPs menyumbangkan ketuhar bernilai RM2600 kepada beliau sejak mula beroperasi pada tahun 2019.

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyumbangkan ketuhar dan keperluan lain kepada beberapa orang rakyat di Perlis.

Terdahulu baginda turut berkenan menyantuni dan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs sebanyak RM700 setiap seorang kepada tiga buah keluarga asnaf yang terpilih. Mereka yang terlibat ialah Yatim Pin 78 tahun yang terlantar sakit bersama-sama isteri dan tinggal bersama-sama ahli keluarga, Muhammad Shukre Senawi 47 tahun dan Bashah Arif 67 tahun yang juga terlantar sakit.

Sumber daripada Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE