Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemilik bengkel mahu bawa Perlis ke permotoran dunia n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pemilik bengkel mahu bawa Perlis ke permotoran dunia

Pemilik bengkel mahu bawa Perlis ke permotoran dunia

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 22 Disember 2021 22:44

Pemilik bengkel mahu bawa Perlis ke persada dunia permotoran.

Azhar Ismail, 40, yang merupakan penerima Bantuan Program Peningkatan Sosio Ekonomi Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berhasrat untuk membawa nama Perlis ke persada dunia permotoran negara.

Beliau yang berpengalaman menyertai pertandingan drift motosikal semenjak 1997 tidak menjadikan kesusahan hidup sebagai penghalang untuk terus berjaya.

Buktinya beliau telah bangkit mengusahakan bengkel motosikal miliknya dan berjaya dalam beberapa siri pertandingan lumba motosikal yang dilaksanakan di peringkat negeri dan juga negara.

“Harapan saya adalah untuk terus mengharumkan nama Perlis dalam dunia permotoran ini dan sekaligus membawa pulang kejayaan dan kebanggaan buat negeri yang saya cintai,” ujar Azhar.

Demikian dikongsikan beliau ketika menerima keberangkatan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang telah berkenan merasmikan bengkel motosikal beliau sempena program MAIPs Peduli Bilangan ke 58 bagi tahun 2021 di Guar Gajah Arau.

Pihak MAIPs pernah menyumbangkan bantuan penjelasan bekalan aircdan elektrik untuk bengkel beliau berjumlah RM2,680 sebelum ini. Pada peringkat permulaan beliau hanya menyewa sebuah kedai dan berkat kegigihan beliau kini telah berjaya melebarkan kerjaya dengan menyewa sebuah lagi unit kedai di sebelah bagi menampung ruang kerja dan menempatkan motosikal pelanggan yang kian mendapat sambutan.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang turut singgah menyantuni dan menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih iaitu Norniyani Karim, Mohd Nasrol Muhammad Hashim dan Fatimah Musa masing-masing menerima RM700.


Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE