Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Misi Bantuan Bencana Banjir oleh MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Misi Bantuan Bencana Banjir oleh MAIPs

Misi Bantuan Bencana Banjir oleh MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 23 Disember 2021 14:59

Kangar – Dalam menghadapi situasi banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenaan untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM300 000 semenjak 19 Disember 2021 bagi menjayakan misi bantuan kepada mangsa banjir melalui kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam bagi negeri-negeri yang terlibat. Melalui sumbangan tersebut baginda berharap agar sumbangan itu dapat memberikan kekuatan dan semangat kepada mereka yang terkesan akibat banjir. Bantuan yang dihulurkan adalah selaras dengan hasrat solidariti agensi dalam usaha menguruskan zakat di seluruh negara.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor, bantuan berkenaan adalah sebahagian daripada peruntukan awal yang disalurkan melalui agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjayakan pelbagai misi bersama-sama MAIPs dalam membantu mangsa bencana banjir yang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

Tambah beliau lagi, sumbangan ini disalurkan sepantas yang mungkin bagi membantu mereka yang diuji dengan bencana tersebut.

Dalam usaha ini, MAIPs menjalankan kerjasama dengan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis (PVAC) serta beberapa NGO yang dikenal pasti secara langsung dan tidak langsung. Siri misi bantuan MAIPs kepada mangsa banjir turut melibatkan agensi hal ehwal Islam seperti Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE