Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis laksanakan doa keselamatan dalam khutbah Jumaat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis laksanakan doa keselamatan dalam khutbah Jumaat

Perlis laksanakan doa keselamatan dalam khutbah Jumaat

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 24 Disember 2021 09:02

Perlis telah mengarahkan kepada semua khatib dan pengurusan masjid di Perlis untuk melaksanakan doa keselamatan dan kesejahteraan berhadapan dengan ujian dan musibah bencana di seluruh negara pada esok, 24 Disember 2021.

Menurut sebaran media yang dikeluarkan oleh MAIPs, sejajar dengan irsyad dan nasihat Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, semua masjid di Perlis diselaraskan untuk membaca doa khusus ketika khutbah jumaat esok, selaras dengan amalan yang bertepatan dengan sunnah Nabi SAW.

“Adalah menjadi harapan agar segala musibah dan ujian bencana yang sedang dihadapi di seluruh negara akan segera pulih dan keadaan akan menjadi baik seperti sedia kala. Amalan berdoa yang akan dilaksanakan oleh khatib seluruh negeri, adalah sebahagian daripada usaha sebagai hamba Allah yang sentiasa bergantung harap kepada pertolongannya”

Sejajar dengan perkembangan dalam negara yang berhadapan dengan situasi bencana seperti banjir dan tanah runtuh, MAIPs menggesa agar seluruh rakyat dan pemimpin memperteguhkan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah, selain berusaha melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan tegahan serta larangan-Nya.

Dalam pada itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs mengingatkan umat Islam di negeri ini mengenai kewajipan menunaikan Solat Jumaat yang harus ditunaikan.

Baginda juga memetik keengkaran menunaikan Solat Jumaat adalah termasuk dalam kesalahan jenayah dalam syarak yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE