Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat perlu ambil iktibar peristiwa 2021 - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat perlu ambil iktibar peristiwa 2021 - Raja Muda Perlis

Rakyat perlu ambil iktibar peristiwa 2021 - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 31 Disember 2021 10:03

KANGAR, 30 Dis -- Peristiwa yang terjadi pada 2021 seperti banjir merupakan satu tragedi dalam sejarah geobencana di Malaysia yang wajar dijadikan amaran dan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia.

Hal itu perlu diambil sebagai iktibar untuk dijadikan pengalaman dalam menempuh 2022 yang bakal tiba, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah 2021 memberikan pengalaman dan menjadi sumber pembakar semangat, selain pedoman positif untuk bersama-sama maju dalam pelbagai perkara pada 2022.

“Tinggalkan perkara yang negatif dan kenangkan kembali setiap kejayaan dan pencapaian cemerlang yang diperoleh sama ada oleh diri sendiri, keluarga, masyarakat, organisasi mahupun negara, sebagai panduan pada masa hadapan,” titah baginda.

Baginda yang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) bertitah demikian selepas berkenan berangkat menerima zakat perniagaan daripada QSR Brands (M) Holdings Bhd untuk tahun 2021 berjumlah RM50,965.

Zakat tersebut dipersembahkan oleh Pemangku Ketua Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal syarikat itu, Hayazi Darus pada majlis itu yang berlangsung di Bangunan MAIPs di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE