Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs lakar pelbagai kejayaan cemerlang tahun ini n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs lakar pelbagai kejayaan cemerlang tahun ini

MAIPs lakar pelbagai kejayaan cemerlang tahun ini

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 03 Januari 2022 08:34

KANGAR, 31 Dis  -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjaya melakar pelbagai kecemerlangan sepanjang tahun 2021, antaranya melaksanakan sembilan inisiatif dalam menangani pandemik COVID-19.

MAIPs menerusi satu kenyataan hari ini berkata kejayaan lain yang dicapainya termasuk pengagihan 45 skim agihan zakat secara hikmah dan bersasar, penerusan program latihan dan penempatan pekerjaan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) serta 23 inisiatif di bawah Pelan Agihan Holistik MAIPs 2.0.

Selain itu MAIPs berjaya menyerahkan sepenuhnya Bangunan Wakaf MAIPs untuk Pusat Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selain melaksanakan Projek Diraja Perkampungan Warna-Warni Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis.

Menurutnya MAIPs turut menjalankan projek pembinaan Kompleks Pengurusan MAIPs dan Asnaf serta memulakan beberapa projek fizikal di bawah Pelan Agihan Holistik MAIPs 2.0 menerusi pelaksanaan projek mercu tanda.

Sumber: BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE