Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jadikan cabaran 2021 pedoman n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jadikan cabaran 2021 pedoman

Jadikan cabaran 2021 pedoman

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 03 Januari 2022 08:38

KANGAR : Pengalaman duka serta cabaran sepanjang tahun 2021 perlu dijadikan pengajaran, pembakar semangat selain pedoman positif untuk sama-sama maju ke hadapan dalam pelbagai perkara menjelang Tahun Baharu 2022.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara negatif perlu ditinggalkan sebaliknya kenangkan kembali setiap kejayaan dan pencapaian cemerlang yang diperolehi sama ada diri sendiri, keluarga, masyarakat, organisasi mahupun negara sebagai panduan pada masa hadapan.

“Kita banyak belajar daripada pelbagai peristiwa pada 2021 termasuklah Covid-19, banjir besar, politik dan lain-lain yang seharusnya menjadikan kita lebih cekal dan sewajarnya ia mendidik supaya memberikan lebih perhatian terhadap pelbagai aspek. 

 
 

“Kehidupan ini sentiasa menjanjikan cabaran dan kita perlu berusaha bangkit memajukan diri. Segala yang dimiliki hari ini tidak kekal termasuklah harta benda dan perniagaan yang bila-bila masa sahaja boleh terjejas akibat penularan penyakit, bencana dan sebagainya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menerima zakat perniagaan QSR Brands (M) Holdings Bhd. bagi tahun 2021 di Bangunan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini hari ini.

Zakat bernilai RM50,965 itu dipersembahkan oleh Pemangku Ketua Jabatan Shariah dan Pematuhan Halal syarikat berkenaan, Hayazi Darus kepada Tuanku Syed Faizuddin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan sama, Tuanku Syed Faizuddin turut menitahkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan baginda seisi keluarga selain ucapan selamat menyambut hari ulang tahun keputeraan baginda pada 30 Disember.-UTUSAN ONLINE 

Sumber: Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE