Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Nextgreen dan CIC kerjasama jana dana Pusat Autisme YTSP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Nextgreen dan CIC kerjasama jana dana Pusat Autisme YTSP

Nextgreen dan CIC kerjasama jana dana Pusat Autisme YTSP

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 Januari 2022 08:32

Nextgreen Global Berhad dan CIC Group of Companies tidak ketinggalan untuk terlibat memberikan sokongan bagi sama-sama menjayakan program menjana dana pembangunan Pusat Autisme Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang juga dikenali sebagai A-Heart yang sekarang dalam peringkat perancangan akhir sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan.

Kedua-dua syarikat berkenaan memberi amanah kepada badan NGO Global Centre for Islamic Networking and Propagation (GCINP) yang dipengerusikan oleh Datuk Shushilil Azam Shuib untuk tujuan tersebut dalam satu majlis yang diadakan di ibunegara baru-baru ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis berkenan berangkat menerima undangan bagi menyaksikan majlis tersebut.

Pengarah Urusan Nextgreen Global, Datuk Lim Thiam Huat dan Pengarahnya Datuk Mohd Yusof Din menyerahkan sumbangan RM30,000 kepada Shushilil. Nextgreen Global terlibat dalam peniagaan pengilangan kertas, Artificial Intelligence (AI) dan juga perhotelan.

Sementara itu, CIC yang akan memulakan operasi pendidikan awal kanak-kanak di Kangar Jaya tidak lama lagi menyumbangkan RM10,000 disampaikan oleh Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hajah Qutren Nada Ahmad. Antara anak syarikat di bawah CIC Group ialah Pusat Perkembangan Minda CIC Where Leaders Are Born yang mempunyai 70 pusat di Malaysia dan Abedeen Academy Private and International Schools, Green Bag by CIC, Abedeen Clubhouse dan beberapa buah syarikat lain lagi.

Menurut Shushilil Azam, ‘Sumbangan korporat daripada NGGB dan CIC ini adalah bertujuan sebagai galakan untuk pihak NGO GCINP yang dipengerusikan beliau untuk turut membantu menjayakan kempen serta promosi memperkukuhkan dana dari dalam dan luar negara untuk menjayakan projek A-Heart yang akan dilaksanakan oleh pihak YTSP Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kelak itu yang diharapkan akan dapat memberikan manfaat kepada orang ramai terutamanya kepada penduduk Perlis yang memerlukan intervensi autism’.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE