Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat perlu diterap dengan sahsiah, moral yang tinggi n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat perlu diterap dengan sahsiah, moral yang tinggi

Rakyat perlu diterap dengan sahsiah, moral yang tinggi

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 Januari 2022 15:29

KANGAR: Lokasi geografi negeri Perlis yang berada berhampiran dengan sempadan negara luar membuatkan ia terdedah kepada pelbagai aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah namun begitu perkara itu boleh diatasi sekiranya setiap warganegara dibekalkan dengan ilmu dan kesedaran.

“Negeri yang terletak di sempadan sesebuah negara terbukti mempunyai potensi ekonomi yang besar dan strategik.

“Namun ia juga mudah terdedah kepada pelbagai isu yang menyalahi undang-undang seperti penyeludupan barang, hidupan dan manusia, selain dari masalah sosial yang lain,” titah baginda.

Oleh itu, baginda berharap agar setiap rakyat jelata mempunyai kesedaran serta diterapkan dengan sahsiah dan moral yang tinggi dalam diri.

“Justeru, situasi seumpama ini perlu diatasi dengan seberapa segera supaya ia tidak memberi impak negatif kepada individu dan keluarga bahkan kepada sesebuah negara,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf di kariah Masjid Masjid Al Ghofur, Padang Lati, Beseri, hari ini. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Ustaz Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda turut menitahkan agar agensi yang dimanahkan dapat menjalin kerjasama dengan kepimpinan setempat supaya masing-masing dapat berperanan dalam menangani isu tersebut.

“Setiap agensi dan pimpinan masyarakat wajar memainkan peranan masing-masing dalam menyalurkan maklumat, ilmu dan panduan kepada warga di kawasan sempadan khususnya kepada golongan remaja dan pelajar.

“Oleh itu, hasrat melahirkan generasi prihatin yang tidak melanggar batasan agama dan undang-undang serta mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dapat direalisasikan,” titah baginda lagi.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra amat berharap supaya kawalan sempadan negara akan terus dimantapkan lagi dari masa ke semasa.

“Prasarana dan operasi keselamatan sedia ada perlu dinaik taraf demi memelihara keselamatan dan keamanan negara,” titah baginda. 

 

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

Sumber: HARAKAHDAILY

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE