Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis ingatkan majikan tidak ambil mudah SOP pencegahan Covid-19 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis ingatkan majikan tidak ambil mudah SOP pencegahan Covid-19

Raja Muda Perlis ingatkan majikan tidak ambil mudah SOP pencegahan Covid-19

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 12 Januari 2022 08:20

Sungguhpun laporan kadar jangkitan Covid-19 kebelakangan ini didapati semakin terkawal di negeri Perlis, namun setiap majikan baik awam mahupun swasta diingatkan supaya tidak leka dan membuat pemantauan secara berterusan kepada kakitangan masing-masing khususnya bagi mereka yang tinggal dan berulang dari kawasan berisiko.

Di tempat kerja, majikan perlu terus memantau tahap kesihatan segenap kakitangan dan menjalankan saringan gejala setiap hari di pintu masuk bagi memastikan hanya anggota yang sihat sahaja yang hadir bertugas.

Para majikan juga hendaklah memastikan semua kakitangan mematuhi segala SOP dan mengamalkan norma baharu di tempat kerja terutamanya semasa mereka makan di pantri dan sepanjang sebarang majlis atau program yang diadakan oleh organisasi masing-masing.

Demikian titah nasihat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat membuat simbolik perasmian kedai makan ‘De’ Buloh Cafe’ yang diusahakan oleh Saufik Redzuan Subri, 39 tahun di Batu 1 3/4 Jalan Santan.
Beliau sebelum ini pernah menerima peruntukan peralatan memasak bernilai RM3,190 hasil sumbangan projek inisiatif sosio-ekonomi asnaf daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena program kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Pertama bagi tahun 2022 yang baginda ketuai pada semalam.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Terdahulu baginda turut berkenan singgah di kediaman tiga asnaf terpilih iaitu penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’ Meryam Endut 83 tahun yang tinggal seorang diri, penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’ dan ‘Bantuan Bulanan MAIPs’ Rosmina Hashim 61 tahun serta Osman Saad 63 tahun yang menghadapi masalah penglihatan dan tinggal seorang diri bersebelahan rumah adiknya. Masing-masing yang merupakan penerima ‘Bantuan Fitrah MAIPs’ menerima agihan zakat MAIPs bernilai RM700 setiap seorang daripada baginda.

Sehubungan itu juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha menangani wabak ini. Peranan mereka di barisan hadapan terutamanya wajar diberi pujian. Begitu juga semua yang memainkan peranan penting di barisan belakang. Tuanku Raja Muda juga menitahkan ucapan syabas kepada seluruh rakyat yang telah memberikan kerjasama rapat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE