Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jangan leka SOP walaupun Covid-19 terkawal n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jangan leka SOP walaupun Covid-19 terkawal

Jangan leka SOP walaupun Covid-19 terkawal

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 12 Januari 2022 08:22

ARAU: Sungguhpun laporan kadar jangkitan Covid-19 kebelakangan ini didapati semakin terkawal di negeri ini, namun setiap majikan perlu mengingatkan pekerja agar tidak leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pekerja kerajaan mahupun swasta wajar membuat pemantauan secara berterusan kepada kakitangan masing-masing khususnya bagi mereka yang tinggal dan berulang dari kawasan berisiko.

“Majikan perlu terus memantau tahap kesihatan setiap kakitangan dan menjalankan saringan gejala setiap hari di pintu masuk bagi memastikan hanya anggota yang sihat sahaja yang hadir bertugas.

“Mereka juga perlu memastikan semua kakitangan mematuhi segala SOP dan mengamalkan norma baharu di tempat kerja terutamanya semasa mereka makan di pantri dan sepanjang sebarang majlis atau program yang diadakan oleh organisasi masing-masing,” titah baginda selepas merasmikan kedai makan ‘De’ Buloh Cafe yang diusahakan oleh Saufik Redzuan Subri di Jalan Santan, di sini hari ini.

Saufik sebelum ini pernah menerima peruntukan peralatan memasak bernilai RM3,190 hasil sumbangan projek inisiatif sosioekonomi asnaf daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena program kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Pertama, tahun ini.

Turut mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Terdahulu baginda berkenan singgah di kediaman tiga asnaf terpilih yang menerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs, Meryam Endut, 83, Rosmina Hashim, 61, serta Osman Saad, 63.

Masing-masing menerima agihan zakat MAIPs bernilai RM700 setiap seorang daripada baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha menangani wabak itu.

“Peranan anggota barisan hadapan wajar diberi pujian, begitu juga semua yang memainkan peranan penting di belakang tabir.

“Tidak dilupakan kepada seluruh rakyat yang memberikan kerjasama rapat dalam mematuhi SOP yang ditetapkan,” titah baginda lagi. Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

Sumber: HARAKAHDAILY

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE