Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Penduduk di sempadan perlu dibekal ilmu, kesedaran elak aktiviti terlarang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Penduduk di sempadan perlu dibekal ilmu, kesedaran elak aktiviti terlarang

Penduduk di sempadan perlu dibekal ilmu, kesedaran elak aktiviti terlarang

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 12 Januari 2022 16:13

PADANG BESAR: Lokasi sesebuah kawasan yang terletak di sempadan negara walaupun terbukti mempunyai potensi ekonomi cukup besar dan strategik namun ia lebih mudah terdedah dengan pelbagai isu terlarang. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kegiatan tersebut termasuk aktiviti penyeludupan barangan, hidupan dan manusia selain masalah sosial.

“Namun, perkara-perkara ini diyakini mampu diatasi dengan sebaiknya jika para warganya berterusan dibekalkan dengan ilmu, kesedaran serta diterapkan dengan sahsiah serta moral tinggi dalam diri. 

“Justeru, situasi seumpama ini perlu diatasi dengan seberapa segera, berperancangan dan berintegriti supaya ia tidak memberi impak negatif bukan sahaja kepada individu dan keluarga itu sendiri, malah ke tahap yang lebih besar lagi iaitu terhadap agama, bangsa, negeri dan negara,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Masjid Al Ghofur, Padang Lati, Beseri di sini, semalam

Sementara itu, baginda bertitah, agensi-agensi serta organisasi bertanggungjawab melalui kerjasama dengan kepimpinan setempat diharap dapat memperhebatkan peranan masing-masing dalam menyalurkan maklumat, ilmu dan panduan kepada warga di kawasan sempadan.

Sumber:UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE