Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis berkenan rai rektor KUIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis berkenan rai rektor KUIPs

Raja Perlis berkenan rai rektor KUIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 31 Januari 2022 08:46

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Jasa Mu Dikenang’ anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bagi meraikan tamat perkhidmatan Rektornya, Prof Dato’ Kaya Bakti Dr Mohd Radzi Othman di Kangar pada petang semalam.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs.

Dr Radzi mula diamanahkan selaku Rektor di Kolej Universiti Islam Perlis pada 1 September 2018 dan akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Januari 2022 ini iaitu tempoh selama 41 bulan.

Sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan tersebut, KUIPs telah melalui pelbagai agenda transformasi dalam penstrukturan semula pengurusan demi memacu kemantapan universiti. Pengenalan Pelan Strategik KUIPs 2020-2025 merupakan sebagai agenda teras dalam pembangunan KUIPs secara holistik. Dalam usaha menjayakan cita-cita IPTS tersebut, cadangan naik taraf KUIPs sebagai Universiti penuh telahpun beliau bentangkan pada 23 Disember 2021 yang lalu.

 

 

Penstrukturan semula kursus teras universiti yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu, pemerkasaan program akademik, penubuhan fakulti baharu dengan fokus Al-Qur’an & As-Sunnah sebagai program kebitaraan atau ‘niche area’ universiti juga merupakan sebahagian daripada agenda yang telah dilaksanakan.

KUIPs juga telahpun menawarkan program pasca siswazah dengan mendapat kelulusan mengendali program Ijazah Doktor Falsafah di Fakulti Pengajian Islam yang merupakan sebahagian daripada agenda merealisasikan cita-cita KUIPs sebagai universiti unggul dan cemerlang.

Dalam ucapan perpisahan beliau Dr Radzi mengucapkan ‘Selamat maju jaya’ dan terima kasih kepada KUIPs dan semua warga kerjanya. Beliau dengan tulus ikhlas mendoakan masa depan KUIPs akan terus cemerlang dengan kejayaan yang diidamkan serta pada masa yang sama semua warga KUIPs dapat memberi komitmen penuh kepada Rektor baharu iaitu Dr Rozaimi Ramle yang akan menerajui KUIPs bermula 1 Februari 2022.

Peringatan beliau, ‘Percayalah, budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan kualiti serta produktiviti sesebuah organisasi. Kecemerlangan KUIPs bakal direalisasikan dengan pembudayaan etika kerja positif dan sifat integriti yang menyeluruh’.

Di akhir majlis, Dr Radzi dikurniakan surat pelantikan sebagai ahli MAIPs untuk tempoh 1 Februari 2022 hingga 31 Disember 2023.

Sumber: Suara Merdeka 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE