Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Menyantuni Rakyat Sempena Tahun Baharu Cina n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Menyantuni Rakyat Sempena Tahun Baharu Cina

Raja Muda Perlis Menyantuni Rakyat Sempena Tahun Baharu Cina

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 02 Februari 2022 21:08

Kangar – Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyantuni usahawan kedai bunga Ingrace Floral and Events, iaitu Raymond Lim Choon Guan bersama-sama keluarganya. Usahawan tersebut bersama-sama isterinya, Teou Siew Yan dan anak-anak berasa teruja dengan keberangkatan tiba DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di kedai mereka di Jalan Jublee Perak, Pusat Bandar Kangar pada petang semalam.

Raymond Lim Choon Guan yang berasal dari Tanjung Bungah, Pulau Pinang melewatkan pergerakan balik ke kampung untuk majlis makan malam perjumpaan tahunan bersama-sama ibu tersayang apabila dimaklumkan bahawa Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan singgah di kedai mereka. Kunjungan tersebut diatur oleh NGO One Centre Malaysia (OCM) Perlis beserta program Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Ke-9 bagi Tahun 2022. Turut menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif OCM Perlis, Muhammad Zamri Vinod Kalimuthu.

Antara lain, penyerahan sumbangan daripada Sri Ananda Bahwan Group of Companies kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Mohd Nazim Mohd Noor turut diadakan di lokasi yang sama. Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada tabung Projek DiRaja Kg Warna-warni Program Transformasi Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis hasil kerjasama MAIPs dengan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Selain itu, Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs di rumah para asnaf, mantan tentera, iaitu Idrus Noor (71 tahun) yang menjaga isterinya yang memerlukan rawatan dialisis; Asri Alwi (71 tahun) yang lumpuh; dan Darus Mat Arshad (75 tahun) yang mengalami masalah kesihatan.

Dalam kunjungan tersebut, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah:

“Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita semua di negeri Perlis dan negara Malaysia ini keamanan dan keselamatan serta rakyat yang sihat, rajin, berdisplin, hidup bersih, sentiasa cekal berusaha dan bersatu padu.”

 

Sumber daripada Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE