Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kemahiran Vokasional Bantu Orang Kurang Upaya Hidup Sejahtera n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kemahiran Vokasional Bantu Orang Kurang Upaya Hidup Sejahtera

Kemahiran Vokasional Bantu Orang Kurang Upaya Hidup Sejahtera

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 07 Februari 2022 08:15

Pauh Putra – Berikutan titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyahut saranan baginda untuk meningkatkan pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan, terutamanya golongan orang kurang upaya (OKU) dan golongan terjejas.

Sejak tahun 2019 hinggalah 2021, hampir 150 program telah diusahakan oleh UniMAP seiring dengan tema ‘University Social Responsibility (USR)’ di seluruh negeri Perlis. Antaranya termasuklah Lightboard Studio; Perlis Special Teens Centre Independent Living Centre (PesTec -ILC); Seberang Ramai Lestari; Program Kenali Penyakit Anda; Kursus Bahasa Inggeris kepada Angkatan Tentera Darat dari Kem Wilayah Utara; Amazing Science 3.0, Projek Tanaman Cendawan Menggunakan Sistem Kelembapan Optimum; Pemasangan Solar dan banyak lagi.” 

Demikian kenyataan Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli semasa mempersembah maklum kepada Raja Muda Perlis ketika mengiringi baginda berangkat menyempurnakan perasmian Pameran Fotografi: Reflection oleh Jasni Hashim @ Ved Vedder di Galeri Bangunan Canselori UniMAP di Kampus Alam Pauh Putra.

Jasni merupakan seorang jurutera yang berkhidmat di Jabatan Pembangunan UniMAP sejak tahun 2003. Beliau sangat komited dan sering memanfaatkan masa di luar waktu pejabat untuk berkarya melalui lensa kamera. Jasni juga gemar merakamkan keindahan alam semula jadi, terutamanya ketika matahari terbit dan terbenam.

Dalam majlis perasmian tersebut, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail juga bertitah bahawa sebagai Tuanku Canselor UniMAP, sejak awal penubuhan UniMAP lagi, baginda akan turut serta memainkan peranannya dalam memastikan “Rakyat Perlis Hidup Sejahtera”, khususnya OKU dan golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini.

Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Zaliman menerangkan bahawa Program Perlis Special Teens Centre-Independent Living Centre (PesTec-ILC) yang dilaksanakan oleh UniMAP merupakan satu daripada program khusus yang dilaksanakan untuk mendidik remaja dan belia OKU memiliki keperibadian, identiti dan nilai kerohanian yang tinggi bagi menangani masalah sosial seperti gangguan seksual, penyalahgunaan najis dadah dan kegiatan jenayah dalam masyarakat.

Di samping itu, program ini adalah untuk melatih remaja dan belia OKU dengan kemahiran vokasional bagi memudahkan mereka hidup dalam masyarakat secara bebas dan menyumbang kembali kepada masyarakat dalam aktiviti ekonominya.

“Pada zaman pandemik ini, UniMAP juga turut berkongsi kepakaran melalui program Lightboard Studio dengan fokusnya tertumpu kepada pelajar yang terpaksa belajar secara dalam talian kerana rata-rata mereka menghadapi masalah untuk mengadaptasi situasi berkenaan. Program ini bertujuan untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian supaya lebih inovatif dan menarik,” ujar beliau.

Turut hadir bersama-sama dalam majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor, pegawai serta dekan universiti.

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE