Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tingkatkan Kesedaran dan Pendidikan Kanser n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tingkatkan Kesedaran dan Pendidikan Kanser

Tingkatkan Kesedaran dan Pendidikan Kanser

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 07 Februari 2022 08:16

Kangar – Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia, Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menitahkan rakyat untuk bersama-sama menjayakan pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran serta menggalakkan komitmen peribadi mereka yang mempunyai kuasa dalam menentukan tindakan seseorang individu dalam pencegahan kanser.

Titah demikian dizahirkan baginda bersempena dengan kempen Perlis Hebat: Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama dalam Tindakan yang dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra semalam.

Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang kanser serta mengajak orang ramai untuk menyokong dan bersama-sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit kanser.  Tema sambutan pada tahun ini ialah Close the Care Gap atau Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa sambutan Hari Kanser Sedunia diadakan sebagai usaha dan tanda kesepakatan seluruh dunia menghadapi cabaran besar dalam memerangi wabak kanser.

Pada tahun 2020, tiga jenis kanser yang menyumbang kepada kematian tertinggi ialah kanser paru-paru, kanser kolorektal dan kanser hati di seluruh dunia. Di Malaysia, kanser merupakan satu daripada lima penyakit utama yang menjadi punca kematian di Malaysia sejak beberapa dekad lalu.

Oleh hal yang demikian, beliau turut menerangkan bahawa Malaysia mengalami peralihan epidemiologi yang mengakibatkan berlakunya peningkatan penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup, terutamanya kanser. 

“Tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia ialah kanser payudara (19%) diikuti dengan kanser kolorektal atau usus besar (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%). Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku, manakala kanser payudara dilaporkan sebagai kanser tertinggi dalam kalangan wanita,” tambah beliau.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser menyumbang kepada 11.56 peratus daripada jumlah kematian di hospital kerajaan pada tahun 2020 berbanding dengan hanya 9.34 peratus pada tahun 2000.

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE