Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Menyantuni Asnaf dan Rakyat Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Menyantuni Asnaf dan Rakyat Perlis

Raja Muda Perlis Menyantuni Asnaf dan Rakyat Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 07 Februari 2022 08:18

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21 000 kepada 30 orang asnaf terpilih dengan masing-masing menerima RM700 setiap seorang.

Sumbangan diserahkan di Masjid Al-Ariffin, Padang Katong, Kangar, Perlis dan diterima oleh Imam 1 Masjid Al-Ariffin, iaitu Ustaz Muhammad Khidir Abd Ghani yang mewakili 30 orang asnaf tersebut. Turut mengiringi DYTM Raja Muda Perlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Di samping itu, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut bertitah agar aspek prestasi sumber manusia, teknologi, prosedur kerja dalam perkhidmatan serta penyampaian awam secara langsung mahupun tidak langsung perlu ditambah baik dan diberikan keutamaan demi meningkatkan lagi kecekapan sesebuah organisasi sama ada dalam sektor awam mahupun sektor swasta.

“Perkhidmatan yang efisien dapat memperkasakan imej sesebuah organisasi selain mewujudkan hubungan yang baik antara organisasi berkenaan dengan para pelanggan, pemegang taruh dan juga orang awam secara keseluruhannya,” titah DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut mengingatkan semua rakyat negeri Perlis supaya sentiasa mempraktikkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan demi mencegah penularan virus COVID-19 yang dilaporkan semakin meningkat.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut menyeru seluruh rakyat jelata agar sentiasa menjaga dan memelihara kesihatan diri. Golongan ibu bapa dan penjaga diseru supaya bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak jagaan mereka yang merupakan aset negeri Perlis, negara Malaysia dan juga bakal pemimpin masa depan sentiasa selamat dan kekal sihat.

“Kita perlu menjaga diri dan keluarga yang tersayang serta saling mengingatkan sesama kita demi mengekang penularan virus ini dan demi kesejahteraan semua”, pesan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE