Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perkhidmatan Efisien Perkasa Imej Organisasi n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perkhidmatan Efisien Perkasa Imej Organisasi

Perkhidmatan Efisien Perkasa Imej Organisasi

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 07 Februari 2022 15:43

KANGAR: Perkhidmatan yang efisien dapat memperkasa imej sesebuah organisasi selain mewujudkan hubungan yang baik dengan pelanggan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penekanan dalam meningkatkan prestasi sumber manusia, teknologi, prosedur kerja dalam perkhidmatan serta penyampaian awam perlu diberikan keutamaan.

“Ia secara langsung mahupun tidak langsung meningkatkan lagi kecekapan sesebuah organisasi baik awam mahupun swasta. 

“Perkhidmatan yang efisien akan dapat memperkasakan lagi imej selain mewujudkan hubungan yang baik di antara organisasi dengan para pelanggan, pemegang taruh dan juga orang awam secara keseluruhannya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada 30 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Ariffin, Padang Katong di sini hari ini.

Mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan sama, Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatkan rakyat di negeri ini agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19.

“Kerana pada masa ini, jumlah kes yang dilaporkan didapati dalam trend menaik dan di sini, kitalah yang perlu menjaga diri kita sendiri serta keluarga tersayang,” titah baginda.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE