Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kes COVID-19 Kembali Meningkat, Elakkan Diri ke Tempat Tumpuan Ramai n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kes COVID-19 Kembali Meningkat, Elakkan Diri ke Tempat Tumpuan Ramai

Kes COVID-19 Kembali Meningkat, Elakkan Diri ke Tempat Tumpuan Ramai

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 10 Februari 2022 09:10

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar rakyat lebih peka dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang kian membimbangkan.

Sekiranya tiada keperluan penting, semua rakyat terutamanya golongan berisiko hendaklah mengelakkan diri daripada ke tempat tumpuan ramai.

Rakyat perlu peka akan tanggungjawab sosial dengan memastikan aplikasi MySejahtera digunakan pada setiap kali memasuki premis perniagaan atau tempat tarikan pelancong.

“Pada masa yang sama, pemilik premis juga perlu memainkan peranan dalam memastikan hanya pelanggan yang berisiko rendah dan telah lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke dalam premis,” titah Raja Muda Perlis hari ini selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs kepada golongan asnaf.

Penyerahan sumbangan berjumlah RM21 ribu itu diberikan kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Sirajuddin, Padang Pauh, Perlis. Daripada jumlah sumbangan tersebut, agihan sebanyak RM700 setiap seorang disampaikan oleh amil mereka, Encik Zakaria Khamis.

Turut mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPs, Haji Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Sementara itu, mengulas mengenai topik yang sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Sirajuddin Hashim mengatakan bahawa negara sekali lagi mencatatkan kadar peningkatan kes yang mendadak, bahkan sama situasi yang berlaku di luar negara.

Menurut Dr. Sirajuddin,

Perlis juga terkesan dengan peningkatan penularan COVID-19, yakni 275 kes dilaporkan pada minggu lepas dengan peningkatan sebanyak 164 peratus berbanding dengan minggu sebelumnya.

Namun begitu, 97.5 peratus daripadanya adalah kategori 1 dan kategori 2 ringan dan hanya 12 peratus dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) dan hospital.

Meskipun begitu, tiada kematian dicatatkan. Beliau yakin dan percaya bahawa sebahagian besarnya disumbang oleh liputan vaksinasi lengkap bagi rakyat Perlis yang tinggi.

Tambah Dr. Sirajuddin, “Ketidakpatuhan SOP dan kurangnya pengamalan dalam kebiasaan baharu menjadi satu daripada faktor utama penyumbang kepada kejadian kluster, yang telah dikenal pasti.”

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE