Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Hantar 83 Peserta untuk Kejohanan Sirkit Woodball Kebangsaan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Hantar 83 Peserta untuk Kejohanan Sirkit Woodball Kebangsaan

Perlis Hantar 83 Peserta untuk Kejohanan Sirkit Woodball Kebangsaan

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 13 Februari 2022 19:59

Kangar – “Perlis akan menghantar kontinjen seramai 83 peserta bagi mengambil bahagian dalam Kejohanan Sirkit Woodball Kebangsaan 2022 anjuran Persatuan Woodball Malaysia di Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur dari 16 hingga 20 Februari 2022,” maklum Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, Ruhisha Haris kepada Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Perlis yang diadakan di Gelanggang Woodball Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di Padang Behor, Kangar, Perlis.

Menurut Ruhisha Haris, pasukan kontinjen Perlis terdiri daripada 57 atlet lelaki dan 26 atlet wanita. Selain itu, terdapat beberapa orang atlet yang pernah mewakili pasukan kebangsaan dalam pertandingan-pertandingan yang bertaraf antarabangsa di dalam dan di luar negara sebelum ini. Manakala sebanyak 4 lelaki dan 2 wanita telah terpilih untuk bertugas sebagai pengadil.

Ruhisha Haris yang bertindak selaku Ketua Kontinjen Pasukan Perlis Woodpeckers turut memaklumkan bahawa latihan intensif telah dimulakan sejak 10 Januari lalu dan bakal berakhir pada 13 Februari ini. Dalam tempoh latihan tersebut, beberapa pertandingan mini mengikut acara-acara yang bakal disertai telah diadakan bagi mempersiapkan para pemain dari segi fizikal dan mental.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sedang berbual dengan Ruhisha Haris.

“Peserta yang akan berangkat ke ibu negara pada 15 Februari ini adalah daripada Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs), iaitu seramai 34 orang, UiTM Perlis (13 peserta), Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan (KESIREK) Hospital Tuanku Fauziah (9 peserta), Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis (PERALIS) (8 peserta), Kelab Titan Perlis (8 peserta), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) (8 peserta) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Perlis (3 peserta),” ujar Ruhisha Haris.

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Penaung DiRaja PWNPs mengingatkan semua atlet Perlis supaya memberikan komitmen yang terbaik untuk mengharumkan nama negeri, menjaga disiplin serta mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh penganjur dan pengurusan kontinjen PWNPs.

Untuk rekod, Perlis dipilih oleh Persekutuan Woodball Antarabangsa (IWF) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) 2020 yang terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ini akibat penularan pandemik COVID-19. Jika sempadan negara dibuka kembali, maka WCWC 2020 akan kembali diadakan di negeri Perlis pada bulan Julai 2022.

Turut berangkat sama bagi memeriahkan majlis ialah Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE