Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Potensi Sektor Pertanian Negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Potensi Sektor Pertanian Negara

Potensi Sektor Pertanian Negara

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 16 Februari 2022 08:13

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21 000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Jamek Beseri. Mereka menerima sumbangan sebanyak RM700 setiap seorang.

Baginda bertitah bahawa golongan belia perlu sentiasa diberikan dorongan untuk menyertai sektor pertanian secara komersial kerana sektor ini mempunyai potensi yang besar dan menguntungkan negara. Selain itu, penglibatan golongan belia juga diharap dapat mentransformasikan sektor pertanian dengan penggunaan teknologi automasi, pendigitalan dan pertanian pintar untuk memajukan sektor pertanian di negara ini.

Tambah baginda lagi, golongan muda perlu menjadikan negara Taiwan dan Belanda sebagai contoh dalam sektor pertanian. Walaupun negara tersebut mempunyai tanah yang terhad, tetapi mereka berjaya menjadi negara pengeluar produk pertanian yang dikenali di seantero dunia.

Sehubungan dengan itu, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar agensi yang berkaitan mengambil tindakan proaktif dan berganding bahu untuk mengembalikan kegemilangan sektor pertanian dengan menerokai sumber tanaman baharu yang berpotensi untuk dikomesialkan.

Sumber: Buletin JendelaDBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE