Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pergiat tanaman pokok bakau di pesisiran pantai n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pergiat tanaman pokok bakau di pesisiran pantai

Pergiat tanaman pokok bakau di pesisiran pantai

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 16 Februari 2022 14:45

KANGAR: Penanaman pokok bakau hendaklah dikekal dan dipergiat di pesisiran pantai negeri ini yang terdedah hakisan serta ombak.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penanaman pokok bakau mempunyai peranan yang penting untuk keseimbangan ekosistem pesisiran pantai.

“Ia membekalkan nutrien kepada tumbuhan lain dan rantaian makanan kepada hidupan akuatik. 

“Seterusnya menjadi aset penting kepada Perlis khususnya para nelayan,” titah baginda selepas berkenan menyempurnakan simbolik perasmian perniagaan Bakery Roti yang diusahakan Mohamad Izar Mohamad Zain dan isterinya di Batu 12, Jalan Kaki Bukit, di sini hari ini.

Perniagaan tersebut adalah salah satu projek usahawan yang menerima peruntukan sumbangan sosioekonomi asnaf bernilai RM2,800 untuk tujuan membeli peralatan bengkel masakan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) sempena program kayuhan MAIPs Peduli bilangan ke-12 bagi tahun 2022.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, sebarang penerokaan secara berleluasa dan tidak terkawal seperti aktiviti akuakultur ikan dan udang, aktiviti maritim, penebangan bakau untuk cerucuk serta pencemaran boleh memburukkan lagi keadaan. 

Tambah baginda, di Malaysia terdapat seluas 117,786 hektar kawasan hutan paya bakau laut yang menjadi habitat utama pokok-pokok bakau. 

“Begitu juga di Perlis yang mempunyai beberapa kawasan paya sekitar pesisir pantai Kuala Perlis hingga ke Sanglang yang boleh dijadikan pusat pembelajaran dan penyelidikan, ekopelancongan, pusat pembiakan hidupan marin semula jadi dan pelbagai lagi. 

“Kerjasama semua pihak juga memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian ekosistem pokok-pokok bakau sentiasa terpelihara dan terpulihara,” titah baginda.

 

Seterusnya baginda menyarankan supaya usaha penjagaan dan penyelenggaraan perlu dibuat secara berterusan bagi mengelakkan anak-anak pokok yang ditanam itu mati sebelum sampai masanya. 

“Kesesuaian jenis pokok bakau juga perlu diambil kira dan antara yang baik dan sesuai adalah jenis bakau kurap dan bakau minyak,” titah baginda.

Sempena program tersebut, baginda turut berkenan singgah meninjau perusahaan telur itik premium di Kampung Bilal Udoh dan menyantuni serta menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada tiga asnaf terpilih di situ.

Sumber: UTUSAN 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE