Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Harumanis Y.A. Jangka Hasilkan 200 Metrik Tan Harumanis Semusim n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Harumanis Y.A. Jangka Hasilkan 200 Metrik Tan Harumanis Semusim

Harumanis Y.A. Jangka Hasilkan 200 Metrik Tan Harumanis Semusim

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 21 April 2019 09:20

PADANG BESAR, 21 April 2019 (Ahad) - Koperasi Pengusaha Harumanis Y.A. (Harumanis Y.A) yang menaungi sekumpulan pengusaha ladang harumanis dijangka dapat memasarkan sehingga 200 metrik tan buah ikon Perlis itu setiap musim mulai tahun ini.

Pengerusi merangkap pengurus pusat jualan Harumanis Y.A., Mohd Asri Yusof berkata anggota koperasi itu mempunyai lebih 17,000 pokok harumanis di kawasan Perlis utara meliputi Beseri, Titi Tinggi, Kaki Bukit dan Chuping. 

“Sebatang pokok harumanis yang sihat boleh mengeluarkan 30 hingga 50 kilogram buah pada satu musim namun ada yang rosak dan dicuri,” katanya kepada Bernama selepas menandatangani perjanjian persefahamam (MoU) antara koperasi dengan anak syarikatnya, Y.A. Harumanis Maju di Kampung Baru, Panggas, Chuping di sini hari ini. 

Y.A. Harumanis Maju diwakili Muhammad Sallehudin Fadzil menandatangani MoU itu yang disaksikan pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Nurulhisham Yaakob. 

Mengikut MoU itu Y.A. Harumanis Maju yang berpangkalan di Kuala Lumpur akan membeli buah harumanis sebanyak 100 metrik tan untuk dipasarkan di seluruh negara. 

Menurut Mohd Asri, Harumanis Y.A sendiri mempunyai hampir 200 ejen yang berdaftar dengannya dan membolehkan produk koperasi itu dapat diedarkan dengan lebih meluas kepada pelanggan-pelanggannya. 

“Kami juga telah menghantar contoh buah melalui sebuah syarikat untuk tujuan eksport ke Bahrain dan Hong Kong,” katanya. 

Beliau berkata pokok-pokok milik anggota koperasi diselia dengan teliti supaya menghasilkan buah berkualiti tinggi bagi mencapai tahap atau kualiti eksport. 

Bersempena majlis MoU itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan laman sosial rasmi Y.A. Harumanis Maju yang boleh diakses menerusi www.yaharumanis.com, laman Facebook, Y.A. Harumanis MAJU dan Instagram, @yaharumanis_maju.ent bagi memudahkan penggemar harumanis membuat tempahan secara dalam talian.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE