Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Amalan rasuah ancam kesejahteraan negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Amalan rasuah ancam kesejahteraan negara

Amalan rasuah ancam kesejahteraan negara

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 19 Mei 2022 16:15

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, amalan rasuah jika tidak dibendung mengakibatkan banyak masalah sosial seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara. 

 
 

Baginda bertitah, kemajuan tidak dapat dicapai sekiranya amalan rasuah berleluasa dalam kehidupan seharian masyarakat. 

Titah baginda, perbuatan seperti meminta, menawar, memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara.

Selain itu, titah baginda, menggunakan kuasa dan jawatan demi kepentingan peribadi dan membuat tuntutan palsu adalah sebahagian daripada amalan rasuah serta mestilah dihindari. 

“Rasuah dan salah guna kuasa memberi kesan langsung kepada pembangunan sesebuah negara. Meskipun negara dikurniakan dengan kekayaan sumber asli yang melimpah ruah, namun apabila rasuah dan salah guna kuasa menjadi satu budaya, maka kekayaan negara tidak dapat diagihkan atau diuruskan dengan sempurna.

“Justeru, beta berharap pihak berwajib memberi perhatian serius kepada masalah ini,” titah baginda sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Ke-79 di Balairong Seri, Istana Arau. di sini hari ini.

Yang berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Terdahulu, Tuanku Syed Sirajuddin menerima ucapan tahniah dan ikrar taat setia daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra dan ucapan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang mewakili pentadbiran kerajaan negeri.

Seterusnya, baginda menggesa semua pihak termasuk individu, masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan  aktif memainkan peranan bagi mengatasi masalah rasuah.

“Hal ini termasuk melakukan proses pemantauan dan tampil berani melaporkan sebarang kegiatan salah laku kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan lanjut boleh dilakukan. 

“Dengan itu, diharapkan amalan rasuah dan salah guna kuasa dapat dicegah daripada menjadi barah dalam masyarakat dan negara.

“Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dan integriti perlulah diterapkan sejak kecil terutama di sekolah-sekolah agar suatu hari nanti negara dapat mencapai generasi yang bebas rasuah. Insya-Allah,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda menzahirkan rasa bangga atas komitmen dan dedikasi semua pihak yang berganding bahu dalam menangani pandemik Covid-19.

Seterusnya baginda menggesa kerajaan negeri merangka strategi, pelan lebih dinamik dalam pelaksanaan pembangunan negeri untuk memulihkan ekonomi.

Selain itu, baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada para penerima darjah dan pingat kebesaran negeri sebagai tanda penghargaan atas khidmat secara langsung atau tidak langsung kepada negeri ini dan Malaysia secara amnya.

 

Sumber – UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE