Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kehidupan ini menawarkan pelbagai ilmu untuk pelajar teroka – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kehidupan ini menawarkan pelbagai ilmu untuk pelajar teroka – Raja Muda Perlis

Kehidupan ini menawarkan pelbagai ilmu untuk pelajar teroka – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 19 Julai 2022 08:36

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebenarnya kehidupan ini menawarkan kepelbagaian ilmu serta pengalaman bagi membolehkan golongan pelajar untuk menerokanya.

 

Baginda bertitah, keperluan ICT seperti ‘gamification’ dalam pendidikan dan ‘coding’ yang merupakan bahasa ketiga masa kini merupakan ilmu terkini dan wajar didedahkan dengan hal ini.

 

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada asnaf, Md Kasa Zain di Kurong Anai.

 

 

Md Kasa, 68, tinggal dengan tujuh ahli keluarga itu adalah salah seorang penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan juga ‘Bantuan Bekalan Elektrik MAIPs’.

 

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Menurut Tuanku Raja Muda, kemahiran kalis masa hadapan yang sesuai dengan negeri Perlis seperti Internet of Things (IoT), ICT, Entrepreneurship serta Communication dan Event Management difahamkan telah diperkenalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri bagi memberi ruang dan peluang untuk para pelajar meningkatkan ilmu dan kemahiran dengan tidak mengenepikan penekanan dalam pengukuhan nilai-nilai.

 

‘Redesign content and approach’ dalam pendekatan pedagogi, ‘space and marketing’ sekolah juga telah dibuat bagi mempromosi kerja semua pihak kepada masyarakat umum bagi membantu para pelajar mendapat sokongan komuniti dalam menyediakan diri masing-masing ke tahap yang cemerlang.

 

Sementara itu, dalam perkembangan lain menyentuh mengenai kejadian ribut yang melanda negeri ini beberapa hari yang lalu, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengulangi peringatan meminta kepada selain mangsa yang terjejas, anggota masyarakat khususnya sanal saudara dan jiran tetangga juga diminta untuk membantu menyampaikan maklumat mangsa kepada pemimpin masyarakat untuk disampaikan kepada agensi yang terlibat membantu mereka.

 

Titah Tuanku Raja Muda lagi, pihak mangsa juga perlu segera membuat laporan polis selain menyediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan, gambar-gambar kejadian serta salinan penyata akaun bank bagi mempermudah tindakan lanjut bagi penyaluran bantuan atau sumbangan. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE