Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Titah Pihak Berkenaan Segera Perbaiki Kediaman Mangsa Ribut n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Titah Pihak Berkenaan Segera Perbaiki Kediaman Mangsa Ribut

Raja Perlis Titah Pihak Berkenaan Segera Perbaiki Kediaman Mangsa Ribut

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 19 Julai 2022 08:39

KANGAR, 13 Julai - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan agar kediaman mangsa ribut di negeri itu segera diperbaiki.

“Kediaman mangsa perlu segera diperbaiki apatah lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu diselangi kejadian hujan lebat sekejap-sekejap,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Baginda bertitah demikian selepas menziarahi mangsa ribut di kawasan yang terjejas akibat kejadian ribut di negeri itu.

Mengiringi baginda Ketua Pegawai Ekskutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pegawai Penyelaras Zakat Mohd Radzi Ahmad Rahim.

Kenyataan itu juga menyebut seorang mangsa, Rohaya Ismail, tidak menyangka akan menerima kunjungan baginda.

"Saya amat terharu dengan keberangkatan Tuanku Raja Perlis yang begitu prihatin dengan nasib yang kami alami dan sentiasa mendoakan Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah," katanya.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE