Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ribut: Raja Muda terharu sikap proaktif pelbagai pihak salur bantuan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ribut: Raja Muda terharu sikap proaktif pelbagai pihak salur bantuan

Ribut: Raja Muda terharu sikap proaktif pelbagai pihak salur bantuan

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 22 Julai 2022 10:17

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail amat terharu di atas sikap proaktif dan keprihatinan pelbagai pihak dalam menyalurkan bantuan pantas kepada mangsa-mangsa yang menerima ujian ribut yang melanda negeri ini pada 12 Julai 2022 baru-baru ini.

Baginda juga berdoa semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan.

 

 

Menambah mengenai perkara yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan bahawa menjunjung perkenan Tuanku Raja Muda selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs, pihak MAIPs telah memproses dan seterusnya mengagihkan sumbangan secara berjadual pada rabu, khamis dan jumaat 13, 14 dan 15 Julai 2022 dengan perincian kepada 89 orang mangsa yang menerima melalui 3 kaedah berikut:

 

Pertama, ‘Bantuan Kewangan’ kepada 67 penerima.

 

Permohonan melalui ‘Borang Bantuan Bencana MAIPs’ lulus terus kepada pemohon atau mangsa (Senarai nama seperti nama disertakan – Boleh jua rujuk dalam sistem asnaf.maips.gov.my/semak).

Kedua, ‘Bantuan Baikpulih Rumah’ kepada 22 orang penerima yang dibantu melalui Masjid merangkumi zon berikut terdiri daripada Zon Utara 6 buah terdiri daripada Oran: 3, Baroh 1 dan Felcra Lubuk Sireh 2; Zon Tengah 6 buah meliputi Kurong Batang 3, Abi 1, Batu Lima 1, Wang Bintong 1 dan Zon Timur 10 buah merangkumi Kubang Perun 4, Panggas 6.

 

Beliau meminta supaya dirujuk dengan Amil Kariah Masing-masing untuk mengetahui sama ada bantuan boleh dipertimbangkan oleh pihak Masjid melalui Baikpulih Mikro MAIPs Khas atau tidak.

 

Ketiga, ‘Bantuan Baikpulih Penuh Oleh MAIPs’ kepada mangsa mengambil kira kemusnahan. Penerima ini akan disediakan ‘Bill of quantity’ dan baikpulih akan dilaksanakan oleh MAIPs. (*Sila Rujuk dengan Amil Kariah Masing-masing untuk mengetahui sama ada bantuan boleh dipertimbangkan oleh pihak MAIPs atau tidak). 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE