Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis berkenan sempurnakan Majlis Penyerahan Stesen Penyelidikan Hibrid MARDI Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis berkenan sempurnakan Majlis Penyerahan Stesen Penyelidikan Hibrid MARDI Perlis

Raja Perlis berkenan sempurnakan Majlis Penyerahan Stesen Penyelidikan Hibrid MARDI Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 27 Julai 2022 07:38

ARAU, 26 Julai- Stesen Penyelidikan Padi Hibrid MARDI Perlis merupakan sebuah stesen yang terlibat dalam pembangunan teknologi pengeluaran padi hibrid dan inbred bagi peningkatan sara diri beras negara.

Aktiviti penyelidikan yang dijalankan termasuklah pembangunan induk dan varieti hibrid, pengeluaran benih padi hibrid, pembangunan pakej agronomi pada hibrid, penilaian prestasi padi hibrid dan inbred di peringkat percubaan multilokasi dan penentusahan setempat.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, stesen ini tidak hanya tertumpu kepada penyelidikan dan pembangunan padi hibrid sahaja tetapi juga melangkaui kepada tanaman lain.

Usaha penyelidikan MARDI selama 40 tahun telah membantu memampankan sektor pertanian selain menyokong hasrat kerajaan untuk mentransformasi dan memodenkan sektor pertanian dan industri makanan negara termasuk di Perlis.

Majlis penyerahan Stesen Penyelidikan Hibrid MARDI Perlis-Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin disempurnakan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Tuanku Syed Sirajuddin turut diperkenalkan dengan tiga varieti tanaman baharu jagung bijirin yang dinamakan Nurlin, Varieti Jagung Manis SR1 dan Varieti Padi Baharu dinamakan Farah.

Pengenalan tiga varieti ini hasil kajian adaptasi percubaan penentusan setempat oleh Green World Genetics Sdn Bhd yang kini menunjukkan hasil yang baik.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.


(Raja Perlis dan Raja Muda Perlis berangkat ke Majlis Penyerahan 
Stesen Penyelidikan Hibrid MARDI Perlis-Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin)

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE