Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda lancar buku puisi Mufti Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda lancar buku puisi Mufti Perlis

Raja Muda lancar buku puisi Mufti Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 28 Julai 2022 08:54

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan buku terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) “Himpunan Puisi Dr. MAZA : Jambangan Puisi Jentikan Nurani” yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP Kuala Lumpur pada pagi tadi.

 

 

 

Keberangkatan Baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan dan Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran serta Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

 

 

Majlis anjuran DBP itu bermula dengan ulasan buku ‘Bicara Karya’ oleh Sasterawan Negara Datuk Rahman Shaari, diikuti ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan juga ucapan Mufti Perlis, ‘Deklamasi Puisi’ oleh Ahmad Shukri Abdullah dan ‘Lagu puisi’ oleh Badrul Hisham Abdul Hamid. 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE