Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda: Wanita masih berpeluang sertai polis yang didominasi lelaki n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda: Wanita masih berpeluang sertai polis yang didominasi lelaki

Raja Muda: Wanita masih berpeluang sertai polis yang didominasi lelaki

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 01 Ogos 2022 08:45

RAJA MUDA Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sekalipun sektor kepolisan didominasi oleh kaum lelaki namun ia tidak bermakna wanita kurang berpeluang menceburi kerjaya ini.

Kebelakangan ini, titah Baginda, semakin ramai di kalangan kaum hawa memperagakan tekad, iltizam dan sifat keberanian bagi memecah norma dengan menyertai bidang kepolisan.

 

Baginda menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada para wanita hebat yang telah menyertai sektor kepolisan ini.

 

“Semestinya perjalanan ini jauh, berliku dan tidak mudah untuk dicapai maka pastinya banyak cabaran dan halangan yang harus ditempuhi dan ditangani dalam menggalas tugas sebagai srikandi negara,” titah Baginda.

 

 

Baginda bertitah demikian demikian ketika berkenan merasmikan ”Pembukaan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) – ’Women In Search of Excellence’ Siri Ke-11 bertajuk “Lady Boss In The Police Force?” anjuran Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersama YTF pada pagi tadi.

Webinar YTF pada kali ini bersesuaian dengan slogan “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada” melibatkan ahli-ahli panel terdiri daripada Deputi Komisioner, Datuk Nerita Yaacob, Deputi Komisioner, Datuk S. Sasikala Devi, Deputi Komisioner, Normah Ishak, Asisten Kominsioner, Siti Kamsiah Hassan dan dimoderatorkan oleh Inspektor Zaitul Najihah Abd Patah.

 

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad.

 

Penutupan webinar pula disempurnakan pada sebelah tengah hari oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Tuanku Pengerusi YTF.

 

Tuanku Raja Muda yang juga Penasihat DiRaja YTF bertitah, bahawa polisi kerja dan kehidupan yang seimbang akan membolehkan kaum wanita berkerjaya memberi tumpuan dalam berkerja tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dalam waktu yang sama.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE