Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pasukan IJN Sertai Kayuhan Amal MAIPs Peduli n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pasukan IJN Sertai Kayuhan Amal MAIPs Peduli

Pasukan IJN Sertai Kayuhan Amal MAIPs Peduli

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Oktober 2022 09:03

PASUKAN Institut Jantung Negara (IJN) yang terlibat dalam  Program Kesihatan Komuniti di Perlis turut serta dengan aktiviti  kayuhan amal ‘MAIPs Peduli’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), baru-baru ini.

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenaan mengetuai kayuhan yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IJN, Datuk Dr Aizai Rahim, Ketua Jabatan Pembedahan Jantung, Prof Dr Alwi Yunus dan Pakar Bius, Datuk Dr Syed Abdul Aziz Syed Zin Benyahya.

Kayuhan ini bermatlamat untuk membantu masyarakat yang berkemampuan selain untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti tersebut.

Masing-masing dalam pasukan ini berasa bersyukur dan amat teruja memperolehi pengalaman istimewa buat julung-julung kalinya beriadah sambil dapat menabur bakti memberikan perkhidmatan secara langsung kepada golongan yang memerlukan bersama-sama pewaris takhta Jamalullail yang amat disayangi dan disegani di negeri ini.

Rumah-rumah asnaf terpilih terdiri daripada Izham Awang, 69 di Jalan Raja Syed Saffi, Syabudin Saad 45, di Kampung Alor Tok Terang dan Omar Ali , 67 di Kampung Telok Jambu disantuni.

Selain disampaikan sumbangan agihan zakat berupa wang tunai, beras dan juga bahan makanan mentah daripada MAIPs, mereka juga beruntung sekali kerana mendapat pemeriksaan rapi dengan menggunakan peralatan tercanggih daripada pakar serta sukarelawan daripada IJN serta pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri.

Pihak IJN telah mengadakan program kesihatan komuniti selama dua hari di Masjid Nurul Huda, Felda Chuping dan juga Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis dengan kerjasama dengan MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Sementara itu, Raja Muda dalam titahnya mengingatkan rakyat bahawa krisis pandemik yang telah melanda kita sebelum ini jelas menunjukkan bahawa terdapat ketidakseimbangan dalam sumber dan tenaga kerja.

Tambah Bagindq, ia juga berkait rapat dengan penjagaan kesihatan di mana semua mesti belajar sesuatu kesan daripada pengurusan pandemik ini agar ianya dapat ditambah baik dari masa ke semasa.

“Seperti mana yang kita semua telah sedia maklum, Malaysia telah pun memasuki fasa endemik pada bulan April yang lalu dan kita semua perlu membiasakan diri dengan segala kaedah baharu dalam dan kita jangan sekali-kali leka.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE