Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat perlu pegang teguh prinsip Rukun Negara – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat perlu pegang teguh prinsip Rukun Negara – Raja Muda Perlis

Rakyat perlu pegang teguh prinsip Rukun Negara – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 07 November 2022 07:48

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat sentiasa berpegang teguh kepada lima prinsip Rukun Negara dan ikrar sebagai rakyat Malaysia yang setia bagi mengelakkan kesejahteraan negara terjejas.

Baginda bertitah, ini kerana usaha untuk mengekalkan keharmonian negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum bukan sesuatu yang mudah.

 

Titah Baginda lagi, tanpa kerjasama daripada generasi muda terutamanya, pastinya negara akan menjadi pincang apabila perpaduan rakyat yang semakin rapuh pada masa hadapan.

“Marilah kita bersama-sama menjaga kedaulatan negara Malaysia yang tercinta ini,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 asnaf terpilih.

Masing-masing yang menerima RM700 setiap ini adalah anak kariah Masjid Al Abrar, Kampung Kubang Gajah yang diagihkan oleh amilnya, Johare Harun baru-baru ini.

Mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Raja Muda juga berkenan singgah menziarahi tiga rumah keluarga asnaf dalam program Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Ke-72 bagi tahun 2022.

Penerima sumbangan MAIPs adalah Safiai Lah, 68, Hamidon Abdul Razak, 58 dan Ramlah Abu Bakar, 71.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE