Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Woodball Perlis juarai empat kategori di Kejohanan Woodball Intercity MBSJ n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Woodball Perlis juarai empat kategori di Kejohanan Woodball Intercity MBSJ

Woodball Perlis juarai empat kategori di Kejohanan Woodball Intercity MBSJ

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 09 November 2022 14:42

PASUKAN Woodball Perlis menang dengan penuh bergaya apabila menjuarai empat kategori berasingan pada Kejohanan Woodball Intercity Sempena Ulang Tahun ke-2 Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPSJ) dari 27 hingga 30 Oktober 2022 lalu di Laman Woodball Wawasan, Taman Rekreasi Wawasan Puchong, Selangor.

Bagi kategori berpasukan lelaki yang diwakili Abu Hassan Adam, Zulkifli Said, Suhaimi Ahmad dan Mohd Faizal Othman telah muncul sebagai juara.

Diikuti pula oleh Azhar Abdul Wahab yang menjuara kategori individu lelaki manakala Nor Rinda Ramli meraih johan bagi kategori individu wanita.

Johan bagi kategori remaja lelaki pula berjaya dimenangi oleh Amsyar Sirhan Saifullah Saharruddin.

Kategori Khas Gate In One pula turut dimenangi oleh Jasmin Kasa dan Muhammad Aiman Haizad Ariff Fadilah.

Kejayaan pemain woodball Perlis ini telah dipersembahkan oleh Presiden Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs), Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin yang diwakili oleh Timbalannya, Zaharin Haris kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yang juga merupakan Penaung DiRaja PWNPs turut menzahirkan ucapan tahniah dan berbangga dengan pencapaian dan prestasi pasukan yang diberi nama jolokan sebagai ‘The Perlis Woodpeckers’ yang begitu aktif dan komited dengan sukan woodball ini.

Tuanku Syed Faizuddin juga menitahkan agar para pemain woodball di Perlis akan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan pencapaian sebegini dikekalkan dan menjadi kebanggaan negeri Perlis.

Titah Baginda, pemain-pemain ini juga dinasihatkan supaya mewar-warkan kepada rakan, jiran dan saudara untuk turun padang bagi memeriahkan sukan woodball ini pada setiap masa.

Sementara itu, Kejohanan Woodball Terbuka Perlis dan Jemputan Antarabangsa 2022 bersekali dengan Sirkit Woodball Kebangsaan Siri Ke-3 Tahun 2022 dijadualkan akan berlangsung dari 25 hingga 27 November 2022 ini di Perlis.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE