Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Agong Berkenan Lawat Baladna Food Industries Di Qatar n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Agong Berkenan Lawat Baladna Food Industries Di Qatar

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 16 Disember 2022 15:23

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat Baladna Food Industries, di Doha, Qatar, pada Khamis.

 

Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan.

Menurut catatan di laman Facebook Istana Negara, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada 10 pagi waktu tempatan itu disambut Pengarah Urusan Baladna Food Industries Ramez Al Khayyat dan barisan pengurusan tertinggi syarikat berkenaan.

"Sejurus ketibaan, Seri Paduka Baginda berkenan menerima persembahan taklimat oleh Ramez Al Khayyat berkenaan pengoperasian syarikat Baladna Food Industries," menurut catatan itu.

WhatsApp Image 2022 12 16 at 15.20.41

WhatsApp Image 2022 12 16 at 15.20.44 1

Menurut hantaran berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa meninjau sekitar kawasan syarikat itu.

WhatsApp Image 2022 12 16 at 15.20.42

WhatsApp Image 2022 12 16 at 15.20.43 2

Baladna Food Industries merupakan salah sebuah syarikat pengeluar produk tenusu terbesar di rantau Asia Barat yang berkeluasan 2.6 juta meter persegi dan mempunyai 24,000 ekor lembu tenusu.

WhatsApp Image 2022 12 16 at 15.20.43 1            

WhatsApp Image 2022 12 16 at 15.20.42 1

Lawatan ke Baladna Food Industries semalam adalah antara aktiviti Al-Sultan Abdullah dalam rangka lawatan khas Seri Paduka Baginda ke Qatar selama enam hari bermula 13 Dis.

WhatsApp Image 2022 12 16 at 15.20.42 2

 

WhatsApp Image 2022 12 16 at 15.20.43

Lawatan khas itu adalah atas jemputan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya bola sepak Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

WhatsApp Image 2022 12 16 at 15.20.44 1

WhatsApp Image 2022 12 16 at 15.20.44

Seri Paduka Baginda turut dijadual menerima menghadap beberapa pemimpin Kerajaan Qatar dan berangkat menghadiri majlis santapan bersama rakyat Malaysia di Qatar dalam rangka lawatan khas itu.

Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat tiba di tanah air pada 19 Dis ini.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE