Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PKS Digesa Teroka Bidang Kerjasama Baharu Perdagangan Malaysia-Singapura n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

PKS Digesa Teroka Bidang Kerjasama Baharu Perdagangan Malaysia-Singapura

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 22 Disember 2022 14:31

PETALING JAYA: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan perlu meneroka tiga prospek kerjasama baharu  perdagangan antara Malaysia dan Singapura.

 

Prospek kerjasama baharu tersebut adalah dalam ekonomi digital dan hijau, termasuk e–dagang antara Malaysia dan Singapura.

Tiga bidang awal yang dikenal pasti ialah kemudahan jualan eksport e–dagang oleh PKS tempatan ke dan melalui Singapura; kerjasama antara Malaysia Digital Hub (MDH) MDEC dan BLOCK 71 Singapura mengenai Ekosistem Permulaan; dan e–Dompet.

Antara bidang kerjasama lain yang sedang dibincangkan adalah Industri 4.0, pembuatan termaju, sektor perkhidmatan, e–dagang, industri aeroangkasa dan eko–pelancongan,” titah baginda.

Perkara tersebut antara dipersembahmaklumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar kepada baginda Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika baginda singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura ketika ke Doha, Qatar baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sempena pertemuan tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyerahkan sumbangan Tabung Ibnu Sabil MAIPs bernilai SGD1,519 (RM5,000) kepada Azfar yang menerima bagi pihak Pejabat Pesuruhjaya Tinggi berkenaan.

Ia adalah untuk digunakan bagi membantu rakyat Malaysia yang berdepan situasi kecemasan, terputus bekalan sara diri atau terkandas untuk kembali ke tempat asal atau meneruskan perjalanan.

Tambah Azfar, dalam 10 bulan pertama 2022, Malaysia terus kekal sebagai rakan dagangan kedua terbesar Singapura selepas China, dengan jumlah dagangan sebanyak S$129.5 bilion (RM426.6 bilion), meningkat 23.8 peratus daripada S$104.6 bilion yang dicatatkan untuk tempoh yang sama pada 2021.

Katanya, pelabur dari Singapura juga terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara.

Sumber daripada Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE