Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 35 Sukarelawan Dari Perlis Digerakkan Ke Kelantan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

35 Sukarelawan Dari Perlis Digerakkan Ke Kelantan

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 23 Disember 2022 10:14

KANGAR, 22 Disember - Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menggerakkan 35 sukarelawan sebagai keprihatinan terhadap tragedi banjir yang menimpa penduduk di Kelantan.

 

Misi bantuan akan tertumpu di daerah Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pasir Putih di Kelantan serta Besut, Terengganu bermula hari ini hingga 26 Disember ini.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis, Reswan Ramli misi tersebut dianjurkan Kerajaan Negeri Perlis dan MAIPs dengan kerjasama Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis dan Husmat Furniture.

Barangan bantuan dibawa menggunakan sebuah lori, enam buah kenderaan pacuan empat roda nan sebuah van.

"Antara barangan yang akan disumbangkan ialah 1,000 hamper makanan asas, 500 unit selimut tebal, 500 selimut, 500 helai kain pelikat, 500 helai kain batik dan air miniral," kata Reswan Ramli di sini.

Banjir yang sedang melanda Kelantan dan Terengganu ketika ini menyebabkan puluhan ribu penduduk terjejas selain menyebabkan banyak kerosakan harta benda, rumah kediaman dan kemudahan awam.

Misi ini turut mendapat perkenan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs.

Sumber daripada RTM Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE