Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis lancar program MAIPs Peduli 2023 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis lancar program MAIPs Peduli 2023

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 06 Januari 2023 15:59

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memulakan kalendar aktiviti bagi 2023 dengan mengadakan majlis Agihan MAIPs Peduli dan Kayuhan MAIPs Peduli di sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs, berkenan berangkat melancarkan dan menyertai aktiviti berkenaan.

Majlis agihan sumbangan yang diadakan di Masjid Alwi turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor serta ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Perlis.

 

 

Selesai majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin mengetuai program Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli mengunjungi kediaman tiga asnaf di sini bagi menyampaikan sumbangan.

Sejak diadakan mulai 2013, program Kayuhan MAIPs Peduli bersama Raja Muda Perlis telah menyantuni 38,995 asnaf dengan sejumlah RM24.77 juta sumbangan wang zakat diagihkan setakat tahun lepas.

 

 

Mengakhiri program Kayuhan MAIPs Peduli, Tuanku Syed Faizuddin Putra singgah di Pejabat Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Perlis bagi program ‘Sejambak Mesra Bernama’.

Program itu turut disertai warga agensi itu termasuk Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama (menanggung tugas Ketua Pengarang), Jamaluddin Muhammad serta pegawai kanan agensi itu. – BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE