Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Bernama perlu lakukan transformasi digital - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Bernama perlu lakukan transformasi digital - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 06 Januari 2023 16:04

KANGAR, 5 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu melakukan transformasi digital agar dapat berkembang maju setara agensi berita antarabangsa, selain memenuhi kehendak dan selera masyarakat.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah dalam era yang menyaksikan bidang teknologi dan digital pantas berubah, berlaku perkembangan pesat dunia dalam pelbagai aspek.

"Dalam era serba digital ini, saya sedar kita juga berdepan cabaran di mana penyebaran maklumat tidak tepat dan berita palsu mudah berleluasa.

"Sehubungan dengan itu, Bernama perlu turut memainkan peranan untuk menyanggah dan menangkis penyebaran maklumat tidak benar ini," titah baginda semasa berucap pada Majlis Sejambak Bersama Bernama di pejabat Biro Bernama Perlis di sini hari ini.

Titah baginda, Perlis mempunyai banyak tempat dan produk pelancongan yang boleh diterokai termasuk Taman Negeri Perlis, Taman Rekreasi Tasik Melati, Gua Kelam dan Gua Wang Burma yang disifatkan sebagai lokasi pelancongan yang hebat untuk dikunjungi.

"Selain mangga Harum Manis, Perlis juga mempunyai produk makanan yang sama enak dengan negeri-negeri lain. Oleh itu, saya amat berharap agar Perlis boleh menerima kunjungan pelancong yang lebih ramai dengan mereka dapat meluangkan masa untuk bercuti lebih lama di negeri ini," titah baginda.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan melawat pejabat Biro Bernama Perlis yang baru diubah suai dan beramah mesra dengan warga Bernama.

Turut hadir Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama (menanggung tugas Ketua Pengarang) Jamaluddin Muhammad serta pegawai kanan agensi itu. - Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE