Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jalinan kerjasama dengan Bernama bantu tingkat kepercayaan rakyat terhadap MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Jalinan kerjasama dengan Bernama bantu tingkat kepercayaan rakyat terhadap MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 10 Januari 2023 09:32

KUALA PERLIS, 6 Jan (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berharap jalinan kerjasama dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) serta agensi media lain dapat dipertingkatkan bagi menambah kepercayaan rakyat terhadap institusi Islam itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata pihaknya yakin saluran media seperti Bernama mampu menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat mengenai peranan MAIPs dalam mengurus dan mentadbir hal ehwal berkaitan agama Islam.

“Kerjasama MAIPs dan Bernama serta agensi media lain sebenarnya telah lama terjalin dan kami harap dapat dipertingkatakan agar maklumat sampai kepada rakyat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu beliau menerima kunjungan Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi di Kampung Seberang Ramai yang merupakan projek transfromasi kampung di bawah kelolaan MAIPs.

Mohd Nazim berkata Projek Diraja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai yang bermula pada 2020 itu mendapat perkenan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs.

Perkampungan nelayan yang kini menjadi antara tarikan utama pelancong ke Perlis ini merupakan hasil cetusan idea Tuanku Syed Faizuddin yang berjaya membawa perubahan besar kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama berganding bahu dalam mengindahkan kawasan kampung dan persekitaran kediaman mereka.

 

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE