Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis prihatin isu penghijrahan kumpulan profesional ke luar negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Perlis prihatin isu penghijrahan kumpulan profesional ke luar negara

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 11 Januari 2023 09:25

KANGAR : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail memandang serius dan prihatin isu penghijrahan kumpulan profesional, tenaga pakar dan bakat ke luar negara untuk mendapatkan pekerjaan lebih baik.

Titah baginda, ia merupakan isu amat besar dan tidak boleh diambil mudah kerana ianya bakal memberi kesan kepada negara.

Justeru titah baginda, segala perancangan dan pelan jangka masa panjang terutama sekali dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan dengan serius.

 
 

“Dan perlu dinilai tambah tanpa mengubah polisi tertentu setiap kali bertukar pucuk kepimpinan kerajaan.

“Hal demikian kerana ia boleh memberi kesan kepada generasi muda terutama sekali untuk melahirkan tenaga pakar dan bakat dalam negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menerima sembah mengadap barisan kepemimpinan Old Frees Association (OFA) di Galeri Diraja Arau di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Presiden OFA, Andrew Lim Chong Huat turut mempersembahkan mengenai majlis sambutan
ulang tahun ke-100 persatuan itu yang akan diadakan pada 17 April depan di ‘The OFA’, Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.

Pihak OFA turut mempersembahkan undangan rasmi kepada Tuanku Syed Sirajuddin
selaku Penaung Diraja OFA dan Tuanku Syed Faizuddin untuk berangkat menghadiri sambutan ulang tahun tersebut.

 
 

Baginda berdua yang juga merupakan bekas pelajar Penang Free School itu turut dipersembahkenalkan kepada seramai 14 orang ahli-ahli jawatankuasa OFA dan juga ahli-ahli jawatankuasa sambutan The Old Frees’ Association yang ke-100.

Mereka termasuklah Naib Presiden, James Liaw Keng Siong; Setiausaha Kehormat, Alex Tan Hee Aik dan Bendahari Kehormat, Raman Athappan.

Majlis sembah mengadap tersebut diselaraskan oleh Naib Presiden OFA, Enrique Tan Kim Hock dan ahli seumur hidupnya, Ivan Ooi.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE