Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Saran model aktiviti seumpama MAIPs Peduli diperluas di seluruh negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Saran model aktiviti seumpama MAIPs Peduli diperluas di seluruh negara

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 11 Januari 2023 09:26

KANGAR : Kementerian Perpaduan Negara disaran menghasilkan model bagi menjalankan aktiviti seperti MAIPs Peduli yang dilaksanakan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di negeri ini.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, model aktiviti seperti itu boleh diperluaskan di tempat-tempat lain di seluruh negara.

Katanya, usaha untuk memperkasakan program perpaduan negara harus menjadi agenda utama dalam mewujudkan keseimbangan kehidupan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

 
 

“Saya menyarankan agar kementerian boleh menghasilkan model seumpama aktiviti MAIPs Peduli yang dijalankan MAIPs untuk diperluaskan pelaksanaan di tempat-tempat lain dalam negara ini.

“Mungkin kita boleh selitkan intipati aktiviti seperti ini dalam program-program perpaduan yang sedang kita rancang dan akan dilaksanakan untuk tahun ini.

“Misalnya, kita boleh adakan minggu perpaduan yang melibatkan aktiviti melawat kawasan yang terdiri dari populasi pelbagai agama dan kaum. Usaha menarik seperti ini dijangka dapat memupuk kesepaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, kaum dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam program MAIPs Peduli di sini, semalam.

Terdahulu, beliau turut mengiringi Tuanku Syed Faizuddin dalam program pemeriksaan kesihatan asnaf oleh MAIPs dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri di Masjid Al-Ariffin Padang Katong di sini yang melibatkan seramai 50 peserta dari kariah masjid tersebut dan 70 orang lagi adalah dari kariah Masjid Al-Istiqamah Kampung Teluk Jambu.

Selepas menjalankan pemeriksaan kesihatan, setiap asnaf yang hadir berpeluang mendengar ceramah kesihatan daripada pegawai Jabatan Kesihatan negeri sebelum menerima sumbangan MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs.

 
 

Setiap mereka menerima bantuan bernilai RM700 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM84,000 pada sesi kali ini.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE