Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - ‘Jangan curah minyak dalam api’ isu kaum – Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

‘Jangan curah minyak dalam api’ isu kaum – Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 12 Januari 2023 15:22

ARAU : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menasihati mana-mana pihak agar tidak lagi ‘mencurahkan minyak ke dalam api’ terutama apabila bangkitnya sebarang isu perkauman yang mampu meruntuhkan semangat perpaduan di negara ini.

Dalam masa sama, baginda turut menasihatkan semua pihak tidak kira asal usul atau latar belakang agar sentiasa berusaha untuk saling faham memahami antara satu sama lain.

Titah baginda, seluruh masyarakat perlu lebih mengenali latar belakang semua kaum bagi menyemai semangat perpaduan yang tinggi untuk lebih bertoleransi.

 
 

Berkongsi pengalaman peribadi semasa berkhidmat sebagai pegawai tentera dalam Kor Peninjau Diraja ketika negara bergelut dengan ancaman komunis, konfrantasi Indonesia serta peristiwa 13 Mei, pada masa itu, setiap anggota merupakan campuran pelbagai bangsa serta agama.

“Kami mempunyai semangat perpaduan yang amat tinggi untuk bersatu padu bukan sahaja dalam melaksanakan tugasan malahan saling membantu antara satu sama lain pada setiap masa walaupun di luar tugasan hakiki,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menerima sembah mengadap hormat Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang di Balai menghadap Biru Istana Arau di sini, semalam.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim dan Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Bahrin A. Kassim.

Sementara itu, Tuanku Syed Sirajuddin turut berkongsi kata-kata Presiden Itali kepada baginda semasa menjadi Yang Dipertuan Agong sebelum ini yang kagum dengan semangat perpaduan kaum yang tinggi di Malaysia.

“Presiden Itali ketika itu amat kagum dengan semangat perpaduan yang tinggi di Malaysia meliputi pelbagai kaum dan agama yang boleh menjalani kehidupan harmoni bersama.

“Ia turut melihat Malaysia menjadi satu contoh model yang baik sebagai ‘Mini United Nations’ (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),” titah baginda.

 

Sumber; Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE