Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kayuhan MAIPs Peduli bakal diselitkan dalam program Kementerian Perpaduan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Kayuhan MAIPs Peduli bakal diselitkan dalam program Kementerian Perpaduan

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 12 Januari 2023 15:24

KANGAR: Kementerian Perpaduan Negara berhasrat menjadikan aktiviti Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli sebagai kerangka untuk disertakan dalam program-program anjuran kementerian itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim berkata, program kayuhan itu dilihat sebagai pakej lengkap dalam usaha mengatasi defisit sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Katanya, inisiatif menerusi pelaksanaan program itu bukan sahaja dapat merapatkan jurang sosio ekonomi dalam kalangan rakyat namun turut memberikan pemahaman yang lebih mendalam membabitkan aspek kepelbagaian kaum.

 
 

“Bagi saya Kayuhan MAIPs Peduli ini merupakan satu pakej besar yang dapat membantu menangani masalah defisit sosial yang menganggu-gugat perpaduan kita.

“Melalui kayuhan ini, banyak jurang dapat didekatkan sebagai contoh jurang antara pemimpin dan rakyat, jurang ekonomi melalui bantuan disalurkan serta peluang pelbagai kaum berkumpul bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Program Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Ke-3 2023 di sini, semalam.

Turut sama dalam program kayuhan itu adalah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang; Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Bahrin A. Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor,

Pada program itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs bernilai RM700 setiap seorang di tiga buah rumah penerima yang memerlukan.

Malah, baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis kepada seorang penerima berketurunan Siam dan mendengar taklimat daripada beberapa buah rumah ibadah masyarakat setempat termasuklah Gereja Baptist Perlis, Gurudwara Sahib Kangar, Tokong Sayur Kangar serta Kuil Arulmigu Arumugaswamy Dhevasthanam.

 
 

Dalam pada itu, Noridah berkata, beliau turut kagum dengan inisiatif pelaksanaan program Kayuhan MAIPs Peduli yang diketuai sendiri oleh Tuanku Syed Faizuddin dalam menyantuni rakyat memerlukan di samping menggerakkan jentera terdiri daripada ketua- ketua jabatan.

“Usaha Tuanku Syed Faizuddin membawa masyarakat ke rumah ibadat yang berbeza dapat membantu kita lebih memahami tentang kepelbagaian agama sekali gus mewujudkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Sebelum ini, program perpaduan antara kaum yang kementerian anjurkan hanya seperti menyantuni masyarakat berbilang kaum namun dalam program kayuhan selama dua jam ini, baginda bukan sekadar menyantuni masyarakat tetapi turut menggerakkan jentera melibatkan ketua jabatan supaya dapat mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu dihadapi,” katanya. 

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE