Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Mara, RCB terus perkasa program CSR bantu golongan asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Mara, RCB terus perkasa program CSR bantu golongan asnaf

Mara, RCB terus perkasa program CSR bantu golongan asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 13 Mac 2023 13:45

KANGAR: Mara dan anak syarikatnya, Rural Capital Berhad (RCB) terus memperkasakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan asnaf di negeri ini.

 

Bagi tujuan itu, beberapa siri program telah dirancang secara berterusan bersama pihak kementerian dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha membantu golongan berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan Mara, Datuk Zulfikri Osman berkata, antara usaha yang akan dilaksanakan selepas ini dengan mengambil inisiatif bagi menempatkan anak-anak asnaf untuk menyambung pelajaran di mana-mana institusi pendidikan Mara.

“Selain itu, program seperti Pusat Tuisyen Pintar, Skim Anak Angkat RCB dan Program Back To School akan turut dilaksanakan dengan mensasarkan pelajar sekolah harian daripada keluarga kategori B40.

“Bagi pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita turut merancang untuk menarik mereka bersama dalam Program Selangkah Ke Universiti Khusus dan Celik al- Quran bagi membantu mereka mempelajari bacaan al- Quran dengan kaedah betul,” katanya sewaktu berucap pada Program Kayuhan Jalinan Kasih Mara & RCB yang berlangsung di Masjid Saidina Uthman Al-Affan, Kampung Surau di sini, semalam.

Program bersempena dengan sambutan Hari Mara ke- 57 itu disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang berkenan mencemar duli mengikuti majlis berkenaan.

Program itu juga turut berlangsung meriah dengan mendapat penglibatan hampir 200 peserta.

Di samping itu, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan melakukan penyerahan agihan wakalah zakat perniagaan RCB berjumlah RM23,539.67 kepada tiga penerima bagi kos membaik pulih kediaman mereka.

Malah, seramai 30 penerima zakat turut mendapat sumbangan wang tunai MAIPs berjumlah RM21,000.

Dalam pada itu, Zulfakri berkata, RCB juga berhasrat bagi mewujudkan satu skim sumbangan modal permulaan buat golongan asnaf yang mempunyai keinginan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

“Saya berharap usaha murni ini akan terus mendapat sokongan semua pihak sekali gus membantu meningkatkan prestasi syarikat dan hasilnya pula akan dapat memberi pulangan semula kepada masyarakat memerlukan,” katanya.

 

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE